Monday 7 October 2013

Perutusan Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kg. Perepat.

Perutusan Ketua Kampung/Pengerusi JKKK Kg. Perepat.

Assalamualaikum,
Kepada Semua Pembaca Laman Blok JKKK Kg. Perepat.

Pertama-tama, saya mengucapkan selamat datang ke-laman blog kami. Keujudan laman blog ini adalah sebagai satu langkah hijrah kearah Pengukuhan Pengurusan & Pentadbiran JKKK Kg. Perepat dan menyambut sahutan perkenalan kepada umum menerusi media IT.

Saya mengaku ini merupakan langkah permulaan bagi kami dan masih banyak ruang kelemahan yang perlu diperbaiki dan pelajari untuk menuju kejayaan JKKK. Sokongan dan pandangan dari semua pembaca blog ini diharapkan dapat membantu mencapai sasaran kejayaan bagi kami dalam Pengurusan & Pentadbiran JKKK yang Effisyen & Efektif kepada rakyat. Ucapan Terima Kasih saya dahulukan.

Saya bertekad untuk membentuk dan mengujudkan satu Organisasi JKKK yang MANTAP dan KOMITED selari dengan FUNGSI JKKK berkhidmat demi kepentingan seluruh warga rakyat PEREPAT yang berkeperluan. 

VISI & MISI saya untuk JKKK yang saya terajui adalah untuk menjadikan JKKK yang Terbaik & Contoh di Sementa ini, Insya allah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang Diamanahkan Tugas,

Razali Bin Rahmat.
Pengerusi JKKK/Ketua Kampung